Mario Arques Kembali Ke Kelantan
Dunia
trw Kelantan FC
Advertisements

Pada ketika ini, kebanyakan pasukan sedang memperkemaskan skuad mereka bagi menghadapi saingan Liga Super 2023 yang dijangka bermula 24 Februari depan.

Tidak ketinggalan ialah pasukan Kelantan FC. Selepas berjaya menandatangani penyerang dari Gambia, Nuha Marong, Kelantan berjaya mendapatkan semula khidmat bekas pemain mereka pada musim 2021, Mario Arques.

Kehadiran semula arkitek berusia 31 tahun dari Sepanyol itu disahkan sendiri oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham. Kelab terakhir yang diwakili Arques adalah kelab Liga 1 Vietnam, Song Lam Nghe An FC (SLNA).

Advertisements

Bersama SLNA, Arques telah diturunkan sebanyak 7 kali dan berjaya meledak satu gol. Selain itu, beliau juga berjaya menyumbang dua bantuan gol. Jodoh Arques bersama SLNA hanya bertahan empat bulan sahaja sebelum dilepaskan.

Kehadiran Arques di bahagian tengah dijangka akan menambah kreativiti pasukan Kelantan yang dibarisi barisan ramai pemain berkualiti. Buat masa ini, Kelantan h

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram