Mario Arques Ucap Selamat Tinggal Buat Kelantan FC
Blog
trw Kelantan FC
Advertisements

Pemain datang dan pergi adalah lumrah dalam dunia bola sepak. Terkini, pemain tengah import Kelantan FC, Mario Arques telah disahkan meninggalkan pasukan pantai timur itu.

Arques, 29 merupakan salah seorang pemain import yang dibawa masuk pada awal musim ketika Kelantan FC dalam proses pembinaan semula pasukan oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham.

Selain menjadi arkitek penting buat Kelantan FC, Arques juga kerap kali memakai lilitan kapten untuk memimpin pemain-pemain muda dalam beberapa perlawanan.

Advertisements

Dalam muat naik laman Instagram rasmi Kelantan FC, Mario Arques disahkan mengalami kecederaan dan telah ditamatkan kontrak pada bulan Oktober 2021.

Selain dibelenggu kecederaan, pada masa yang sama, kebetulan ayah beliau sedang mengalami jangkitan Covid-19 dan perlu pulang ke Sepanyol dengan segera.

Untuk rekod, Mario Arques adalah merupakan graduan dari skuad Villareal Bawah 19 dan pernah berkelana ke Ukraine serta India untuk meneruskan karier bola sepaknya.

Advertisements

Dengan ketiadaan Arques , Kelantan FC pastinya terpaksa menggunakan kudrat pemain-pemain tempatan dan dua pemain import iaitu Christos Intzidis dan Natanael Siringoringo bagi baki saingan Piala Malaysia tahun ini.

Seorang lagi pemain import Kelantan FC yang beraksi di posisi penyerang iaitu Jack Hindle dilaporkan masih belum pulih dari kecederaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram