“Masa Depan Pemain Baharu Harimau Malaya Cerah” – Ryu Hirose
Dunia
Haziq/MakanBola
Advertisements

Penolong jurulatih pasukan Kemboja, Ryu Hirose memuji impak yang dibawa oleh para pemain baharu pasukan negara.

Beliau dalam satu temubual selepas perlawanan menjelaskan bahawa kelibat pemajn Malaysia telah memberikan kesukaran buat pemainnya.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Jepun ini mengakui para pemain yang diturunkan oleh Kim Pan-gon mempunyai kualiti dan kemampuan yang sangat besar.

Advertisements

“Pemain baharu Harimau Malaya memiliki potensi yang cukup besar.”

“Mereka ada masa depan yang amat cerah.”

Malam ini, skuad kendaliannya terpaksa berpuas hati apabila ditundukkan oleh Malaysia melalui jaringan kapten pasukan, Faisal Halim, Lee Tuck dan juga Stuart Wilkin.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati sungguhpun terpaksa menelan hakikat kekalahan di gelanggang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia bakal berdepan Maldives bagi satu lagi aksi persahabatan di Stadium Cheras, minggu hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram