Nafuzi Zain: Masa Depan Pemain Terengganu Baik Buat Bola Sepak Malaysia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yakin masa depan pemain Terengganu cerah buat bola sepak Malaysia.

Jurulatih berusia 44 tahun itu mengakui kekurangan pengalaman yang dimiliki oleh barisan pemainnya telah menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan.

Sungguhpun begitu, beliau tetap melihat perkembangan ini sebagai satu perkara yang positif buat para pemainnya menjadi lebih matang.

Advertisements

Nafuzi turut mengakui bahawa Terengganu menghadapi kesukaran untuk berdepan para pemain Harimau Selatan yang lebih matang dalam pentas besar seperti ini.

“Apa yang membezakan TFC dan JDT ialah para pemain mereka memiliki pengalaman yang lebih banyak beraksi di pentas final seperti ini.”

“Akan tetapi, saya melihatnya sebagai satu perkara yang positif untuk mematangkan pemain TFC.”

Advertisements

“Saya yakin masa depan pemain Terengganu baik buat bola sepak Malaysia,” jelasnya kepada MakanBola.

Wakil Pantai Timur itu telah memberikan aksi sebaik mungkin namun masih tidak mencukup untuk bergelar juara.

Nafuzi kini mahu para pemain kembali fokus untuk menghabiskan saingan Liga Super sebelum menghadapi Piala Malaysia hujung tahun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram