Mat Sabu Ucap Tahniah Pada Khalid Samad Di Atas Kejayaan KL City
Dunia
Kementerian Pertahanan Malaysia
Advertisements

Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini membuat satu hantaran di laman rasmi Facebook miliknya mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan pasukan KL City FC menjulang trofi berprestij, Piala Malaysia 2021.

Pasukan KL City FC berjaya menewaskan pasukan gergasi selatan, Johor Darul Ta’zim dengan jaringan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Penantian warga kota selama 32 tahun akhirnya dibalas dengan kecemerlangan pasukan kendalian Bojan Hodak.

Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu tampil mengucapkan tahniah kepada rakan karibnya, Khalid Samad. Mat Sabu juga menyatakan bahawa Khalid ialah insan setia berjuang dan bimbing pasukan Kuala Lumpur berjaya hingga kini.

Advertisements

“Tahniah team KL City di atas kejayaan. Tahniah Sdr YB Khalid Samad yang berjaya membimbing pasukan yang pernah tercorot sehingga menjadi juara,” kata Mat Sabu.

Ahli Parlimen Kota Raja ini turut menyatakan rasa terujanya melihat kesungguhan kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh semangat dan berjuang habis-habisan pada final semalam. Jelasnya, pasukan Johor Darul Ta’zim juga tidak kurang hebat, sentiasa memberi asakan kepada lawan.

“Team JDT juga punyai asakan yang hebat. Apa pun tahniah di atas semangat kesukanan yang tinggi,” tambah Mat Sabu.

Advertisements

Untuk rekod, Khalid Samad telah mengambil alih tampuk kepimpinan pasukan bola sepak Kuala Lumpur sejak 2019 ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau menang tanpa bertanding sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan hingga kini, Khalid masih setia membantu pentadbiran dan pengurusan pasukan bola sepak Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram