Mat Yo Mahu Buka Mata Kim Pan-gon
Dunia
AFP
Advertisements

Penyerang berpengalaman Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha sedia membuktikan kemampuan sebenar beliau kepada jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon.

Pemain berusia 36 tahun itu kini sedang berbakti bersama pasukan Melaka United dan masih menunjukkan sisi-sisi ketajaman di hadapan gawang.

Katanya, beliau masih memiliki keinginan yang tinggi untuk terus membantu Malaysia menerusi kemampuan beliau sungguhpun berdepan kesukaran musim ini.

Advertisements

“Saya masih mahu bersama skuad kebangsaan sekiranya diberi peluang dan sekiranya ia tiba, saya akan pergi kerana percaya boleh bantu pasukan kebangsaan.”

“Apa-apapun, saya akan serahkan kepada jurulatih untuk membuat keputusan. Seperti kita tahu sekarang ini dengan masalah Melaka United jadi agak sukar untuk saya mempamerkan prestasi yang sebenar,” katanya ketika ditemui.

Ketika ini, jentera serangan Malaysia hanya diisi oleh penyerang JDT, Syafiq Ahmad dan juga Darren Lok yang berjaya membawa Harimau Malaya melangkah ke Piala Asia.

Advertisements

Mat Yo yang sudah pun mewakili Malaysia sejak 2007 merekod 81 penampilan selain menyumbat 14 gol sepanjang kariernya bersama pasukan kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram