Ketiadaan Matt Davies Dan Corbin-Ong Buat Pertahanan Malaysia Jadi Tak Tentu Arah
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelompongan yang ditinggalkan oleh dua pertahanan utama pasukan Harimau Malaya nyata memberi kesan yang cukup besar yang menyaksikan pasukan negara menjadi ‘lauk’ dalam kejohanan Piala AFF kali ini.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemilihan Tan Cheng Hoe bagi skuad kali ini menyaksikan Harimau Malaya tidak membawa dua pemain tunjang pada edisi 2018.

Pada posisi pertahanan kanan, Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk mempertaruhkan kudrat Rizal Ghazali selain pertahanan muda, Quentin Cheng turut mendapat kepercayaan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pada posisi pertahanan kiri, khidmat pemain pertahanan kiri Terengganu, Arif Fadzliah dan juga Ariff Farhan dilihat calon yang sesuai sungguhpun Syahmi Safari mendapat kepercayaan untuk beraksi pada posisi tersebut.

Ini nyata merupakan satu kerugian yang besar sungguhpun Malaysia menang pada dua perlawanan awal, Malaysia memperagakan aksi yang cemerlang namun kelopongan barisan pertahanan jelas terserlah ketika menentang Vietnam dan Indonesia.

Ia jelas terpapar apabila bahagian kiri dan kanan pertahanan mudah dieksploitasi oleh lawan yang mudah melepasi kawalan selain menjadi faktor utama kekalahan dalam dua perlawanan tersebut.

Advertisements

Matt Davies dilaporkan mengalami kecederaan sehingga terpaksa diketepikan dan juga aksi konsistennya bersama JDT jelas merupakan satu kehilangan buat pasukan kebangsaan.

Sungguhpun sebelum ini, ketiadaan dua pertahanan JDT ini sudah pun menjadi perbualan hangat para penyokong, ia semakin memburuk apabila kerisauan itu bertukar menjadi kenyataan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram