Matthew Davies Yakin Tak Susah Nak Tambat Hati Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan kanan skuad kebangsaan, Matthew Davies yakin tidak susah untuk beliau tambat hati jurulatih baharu negara, Kim Pan-gon walaupun kali pertama berlatih di bawah kendaliannya.

Pemain kacukan Australia-Malaysia itu mengakui Pan-gon telah berjaya memberikan persepsi yang positif kepada pemainnya meskipun baru beberapa hari menyertai kem latihan pusat menjelang kejohanan kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan.

“Ia sangat mengujakan (berlatih dengan Pan Gon), saya tidak tahu apakah perbezaaannya (berlatih di bawah Cheng Hoe) apa yang saya boleh kata beliau berjaya memberikan tanggapan pertama yang baik kepada anak-anak buahnya.“

Advertisements

Dalam pada itu, Davies turut menjelaskan bahawa dengan pengalaman yang ada beliau percaya akan membuktikan kemampuannya bagi mendapatkan kepercayaan Pan-gon untuk dipilih dalam kesebelasan utama.

“Tiada apa hendak dibuktikan, jika kami lakukan yang terbaik maka kami akan dapat beraksi di padang, sebagai pemain kami semua mahu memberikan aksi permainan terbaik kami,” katanya kepada Bernama.

Skuad Harimau Malaya dijadual menentang Hong Kong pada 1 Jun dalam perlawanan persahabatan sebelum memulakan cabaran kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dari 8 hingga 14 Jun.

Advertisements

Pada saingan kelayakan itu, skuad negara yang diundi dalam Kumpulan E akan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram