Matyo Percaya Faktor Fizikal Punca Utama Syihan Dahului Farizal
Liga Super
Unifi
Advertisements

Musim 2023 Liga Super menyaksikan beberapa pasukan membawa masuk beberapa pemain baharu ke dalam pasukan masing-masing. Tidak ketinggalan ialah juara bertahan sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT telah membuat kejutan dengan membawa masuk penjaga gol baharu iaitu Syihan Hazmi dari Negeri Sembilan FC bagi memberikan saingan sihat kepada penjaga gol berpengalaman JDT, Farizal Marlias dalam mengejar posisi nombor satu pasukan itu.

Untuk lima aksi awal Liga Super, Syihan telah diturunkan dalam kesebelasan utama JDT sekaligus memaksa Farizal diletakkan sebagai penjaga gol simpanan. Aksi cemerlang juga telah ditampilkan Syihan apabila hanya bolos sekali sahaja dalam lima perlawanan. Dan gol yang membolosi Syihan adalah sepakan penalti.

Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan dan JDT, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Matyo berkongsi pengalaman beliau ketika ke kem skuad kebangsaan bersama-sama dengan Syihan dan Farizal. Matyo merasakan kedua-dua penjaga gol JDT ini tidak banyak perbezaan namun Syihan mempunyai sedikit kelebihan dari segi saiz dan fizikal.

“Saya pernah berada di dalam skuad kebangsaan kendalian coach Kim (Pan-gon). Pada ketika itu Syihan ada, Farizal pun ada. Saya lihat Syihan dan Farizal ini tiada perbezaan cuma saiz dan fizikal, Syihan ada kelebihan.

“Kebanyakan gol yang dibolosi yang dijaringkan oleh pihak lawan adalah bola-bola yang tinggi. Prestasi (Syihan) sama dengan Farizal cuma kelebihan fizikal yang buatkan Syihan jadi penjaga gol utama di JDT,” jelas Matyo seperti dikongsikan oleh Astro Arena.

Advertisements

Syihan dijangka akan terus digunakan sebagai penjaga gol utama di JDT dan juga skuad kebangsaan. Apatah lagi Syihan baru sahaja melalui dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong tanpa dibolosi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram