Liga Super
9matyo9 / hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi bersama Melaka United, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Matyo baru-baru ini telah mengutuskan surat terbuka kepada Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Surat terbuka itu telah dicoretkan di dalam satu hantaran di laman Instagram peribadi Matyo dengan mengharapkan TMJ dapat membantu bekas-bekas pemain Melaka United yang masih lagi belum menerima tunggakan gaji yang sudah sekian lama dialami.

“Assalamualaikum Tunku (TMJ). Matyo masih menunggu pengkhabaran dari Tunku untuk mengadap. Terlalu lama akan masalah Melaka United FC tidak melunaskan gaji. Tunku sebagai Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM) harap dapat mendengar dan membantu akan masalah kami.

Advertisements

“Saya juga bekas Pemain JDT dan Pemain Kebangsaan dibawah naungan Tunku harap sangat Tunku dapat membantu,” luah Matyo di laman Instagram.

matyo tmj 1 Matyo Utus Surat Terbuka Buat TMJ
Coretan terbuka Matyo khas buat TMJ sebagai Penaung PFAM.

Untuk rekod, penyerang berusia 37 tahun itu pernah menyarung jersi Melaka United sepanjang musim 2022 sebelum pasukan itu tidak dibenarkan beraksi dalam kancah Liga Super untuk musim 2023 ekoran  gagal memenuhi syarat lesen kebangsaan dan penswastaan.

Sebelum ini Matyo turut mendedahkan bahawa tunggakan gaji yang beliau alami bersama Melaka United adalah sebanyak enam bulan tunggakan.

Advertisements

Mungkin utusan yang dicoretkan Matyo kepada TMJ itu merupakan salah satu ikhtiar dalam usaha Matyo mendapatkan tunggakan gaji beliau bersama Melaka United selepas cara-cara yang lain tidak menemui jalan penyelesaian.

Ini bukanlah kali pertama bekas pemain Melaka United memohon bantuan daripada TMJ mengenai isu tunggakan gaji, kerana pada penghujung 2022, beberapa pemain turut memohon bantuan melalui hantaran di Instagram.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram