Pemain Melaka United Minta Bantuan TMJ
Dunia
Johor southern tigers
Advertisements

Terdapat beberapa pemain daripada Melaka United meminta bantuan daripada DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) untuk menyelesaikan kemelut gaji yang mereka alami ketika ini.

Perkara ini dikongsikan oleh pemain MUFC di laman Instagram milik mereka. Antara pemain tersebut ialah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Hasbullah Abu Bakar, Mohd Fauzan Fauzi, Faris Shah Rosli, Wan Amirul Afiq, Syukri Baharun dan Fakhrullah Rosli.

Mereka percaya dan yakin bahawa hanya TMJ sahaja mampu menyelesaikan masalah ini kerana kedua-dua pihak yang terlibat ketika ini tidak memberi sebarang respon atau jawapan.

Advertisements

“Ampun Tuanku dengan rasa rendah diri kami pemain MUFC ingin memohon pertolongan Tunku, untuk menyelesaikan kemelut gaji kami antara Pegawai Eksekutif MUFC @justin_lht dan pihak MUSA (Melaka Association Soccer Associate) @sulaiman_mdali_official.

“Tanpa pertolongan Tunku kedua-dua pihak ini akan terus berdiam diri. Dengan ini kami berharap Tunku dapat bantu pemain Melaka,” salah satu hantaran daripada pemain MUFC, Wan Zaharulnizam di laman Instagram miliknya.

Difahamkan, kini sudah memasuki bulan yang ke-5 pemain-pemain Melaka United hidup tanpa gaji.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram