Mbappe Dan PSG Bukan Mangsa Pertama ‘Kerakusan’ Florentino Perez
Eropah
Advertisements

Real Madrid dan PSG dikatakan bakal mencapai kata persetujuan  berkenaan perpindahan pemain bintang Perancis, Kylian Mbappe dan pengumuman rasmi akan dibuat selewat-lewatnya pada Jumaat depan, menurut laporan dari MARCA.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez sebelum ini telah mengemukakan tawaran permulaan  sebanyak 160 juta Euro untuk Mbappe dan ditolak mentah-mentah oleh PSG di mana Pengarah Sukan PSG, Leonardo mengatakan tawaran itu masih tidak mencukupi.

Perez tidak berhenti di situ dan beliau meningkatkan tawaran kepada 170 juta Euro beserta 10 juta Euro ‘Add-on’. Perez merasakan ini ialah bidaan terakhir dan menjangkakan PSG akan menerima tawaran lumayan ini atau bakal melepaskan Mbappe secara percuma musim hadapan.

Advertisements

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Perez berbelanja sakan demi mendapatkan pemain bintang. Sebelum ini beliau berjaya mendapatkan pemain-pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo, Eden Hazard, Micheal Owen, David Beckham, Luis Figo dan Kaka tanpa sebarang masalah besar.

Namun Florentino Perez akui beliau tidak berjaya menandatangani Francesco Totti untuk Real Madrid. Beliau berkata kesetiaan Totti dengan kelab sangat tebal dan tidak mungkin dapat dibeli.

“Saya memang menyukai Totti, tetapi ia sangat mustahil bagi pemain seperti beliau untuk meninggalkan kelab,” jelas Perez.

Advertisements

Jika perpindahan Mbappe ke Real Madrid menjadi kenyataan, pasti ianya agak merisaukan pencabar-pencabar lain di Liga Sepanyol terutamanya seteru mereka, Barcelona yang baru kehilangan khidmat pemain bintang mereka, Lionel Messi kepada PSG.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram