PSG: Jika Mbappe Nak Pindah, Kami Tidak Akan Menghalangnya TAPI…
La Liga
Tnani Badreddine / Getty
Advertisements

Pengurus pasukan Paris Saint Germain (PSG), Leonardo Araújo akhirnya mengeluarkan kenyataan berkaitan gosip perpindahan pemain utamanya, Kylian Mbappe ke Real Madrid.

“Kylian Mbappé ingin menyertai Real Madrid dan kami tidak akan menghalangnya. Kami menidakkan tawaran pertama Real Madrid tetapi jika mereka memenuhi kehendak kami, kita lihatlah bagaimana.”

“Real Madrid tidak menghormati kami, salah dan menyalahi undang-undang dan ianya tidak boleh diterima. Kami tidak akan menerima tawaran €160 juta. Jika beliau ingin pergi, ianya mesti mengikuti peraturan kami.”

Advertisements

“Kami tidak merancang untuk bercakap dengan Real Madrid lagi. Adakah mereka akan menaikkan tawaran? Saya tidak tahu. Saya hanya mengetahui apa yang saya katakan adalah berkaitan sikap Real Madrid.”

“Kami tidak pernah membuka pintu untuk menjual Kylian Mbappe. Tidak sesekali. Orang bercakap saya ingin menjualnya dan bukan Nasser (pemilik kelab), akan tetapi saya atau Nasser berfikir perkara yang sama. Kami seiring tetapi jika pemain ingin keluar (berpindah) maka ianya adalah hak kami.”

“Ianya seperti satu strategi untuk menerima maklumbalas TIDAK dari kami, untuk menunjukkan kepada Mbappe bahawa mereka (Real Madrid) kononnya sudah cuba pelbagai cara dan akhirnya menunggu satu tahun lagi untuk mendapatkan pemain ini secara PERCUMA.”

Advertisements

“Kami memberikan dua tawaran penting kepada Mbappe: satu untuk pemain utama PSG dua bulan lalu dan satu lagi tawaran kepada pemain ini baru-baru ini.”

“Kami ingin buktikan kepada beliau (Mbappe) bahawa dia adalah pemain penting dalam projek kami tetapi ianya tidak melebihi keutamaan projek perancangan kelab.” Jelas Leonardo kepada portal Marca.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram