Piala AFF Medan Terbaik Buat Liridon Krasniqi Dan De Paula Buktikan Sesuatu
Blog
FAM
Advertisements

Status naturalisasi yang diberikan kepada dua pemain negara iaitu Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula sebelum ini menjadi topik hangat selepas mempamerkan aksi kurang bertenaga ketika menyarung jersi Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

Selepas melalui aksi yang kurang baik, kedua-dua pemain ini perlu bangkit semula dan harus mempamerkan aksi yang lebih berkualiti sekaligus dapat membantu pasukan negara menjulang Piala AFF Disember ini yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2010.

Liridon Krasniqi merupakan pemain tengah yang berkualiti. Selain merupakan nadi penting buat pasukan Kedah dari tahun 2015 higga 2019, beliau merupakan jeneral tengah yang mempunyai kawalan bola dan ketahanan badan yang baik.

Advertisements

Pada bulan Ogos yang lepas, beliau disahkan bakal beraksi untuk pasukan Odisha FC dalam saingan Liga India secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim. Ini merupakan peluang terbaik buat pemain berusia 29 tahun ini untuk mengembalikan prestasi terbaiknya ketika beraksi di Liga Super.

Namun berbeza dengan apa yang dialami oleh Guilherme De Paula di Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain ini lebih banyak berada di bangku simpanan selepas beliau menjadi pilihan kedua selepas peyerang import berbisa dari Brazil, Bergson Da Silva.

Dengan keadaan Bergson yang sangat prolifik musim ini, ternyata ianya bukan satu tugas yang mudah buat De Paula mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama pasukan JDT. Pemain yang bakal menginjak ke umur 35 tahun November ini telah turun 5 kali untuk JDT dalam saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia musim ini namun masih ketandusan gol.

Advertisements

Piala AFF 2020 yang bakal berlangsung Disember ini pastinya medan terbaik buat kedua-dua pemain ini menonjolkan aksi yang lebih baik. Status kewarganegaraan yang diberikan tidak harus dipersiakan begitu sahaja dan mereka harus membuktikan bahawa pemain naturalisasi mampu menyumbang kepada kejayaan pasukan Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram