Media Antarabangsa Kagum Dengan Latihan Luqman Hakim Dalam ‘Ais’
Dunia
MakanBola
Njardvick FC
Advertisements

Media antarabangsa kini mula memberi perhatian kepada anak Malaysia yang berkelana di bumi Iceland, Luqman Hakim Shamsudin.

Pemain berusia 22 tahun itu telah pun melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen dua, FC Njardvick FC.

Advertisements

Beliau difahamkan menyertai kelab tersebut secara pinjaman selama satu musim dengan minit permainan menjadi sebab utama beliau memilih untuk ke sana.

Walau bagaimanapun, sesi latihan Luqman yang dilihat dilakukan dalam cuaca yang cukup sejuk mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Advertisements

Malah, salah satu laman bola sepak terbesar di dunia, Copa90 turut merakamkan keterujaan terhadap usaha gigih anak jati Kota Bharu ini menempa nama di bumi Eropah.

“Perkara yang paling gila ialah kelab ini baru sahaja menandatangani pemain antarabangsa Malaysia dan ini merupakan sesi latihan pertamanya.”

Advertisements

“Dia (Luqman) boleh lakukan sekiranyandiberi masa dan peluang,” ujar individu yang kahu dikenali sebagai Van Kikker.

Advertisements

Luqman dalam satu temubual menjelaskan bahawa antara salah satu sebab beliau memilih untuk ke Iceland adalah kerana kesungguhan jurulatih Njardvick FC mahukannya.

Beliau dijangka akan membuat debut pada 10 Februari nanti bagi membantu kelabnya dalam saingan piala di sana.

Advertisements

News Comments Account