Media Bebas Jepun Kesan Penyokong Indonesia Mula ‘Unfollow’ Tokyo Verdy
Dunia
Tokyo Verdy
Advertisements


Perpindahan pemain bintang muda Indonesia, Pratama Arhan menjadi salah satu kebangsaan oleh seluruh warga Indonesia tatkala pemain muda itu mengikut jejak langkah para pemain lain untuk berkelana di luar negara.

Walau bagaimanapun, hal ini mengundang sedikit rasa tidak puas hati oleh para peminat di sana apabila Pratama tidak lagi membuat kemunculan bersama pasukannya, Tokyo Verdy.

Penyokong Indonesia dilihat sudah mula untuk ‘unfollow’ akaun Instagram pasukan Liga Kedua Jepun itu tatkala harapan untuk melihat kelibat pemain itu tidak kesampaian.

Advertisements

Hal ini juga disebabkan pemain berusia 20 tahun ini tidak lagi dipaparkan dalam hantaran terbaru di Instagram mereka sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Kali terakhir Pratama dilihat menjalani latihan adalah pada awal bulan Mei ini bersama rakan sepasukan dalam usaha untuk mempersiapkan barisan pemain terbaik bagi kempen liga di sana.

Para peminat setia beliau sudah pasti tidak sabar untuk melihat kelibat pemain ini sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai masa depannya bersama Tokyo Verdy.

Advertisements

Kekecewaan ini juga bertambah teruk apabila Tokyo Verdy menolak permintaan PSSI untuk menggunakan khidmat Pratama Arhan pada lejohanan Sukan SEA yang lalu.

Tokyo Verdy kini berada pada tangga ke-11 liga selepas mengharungi 17 perlawanan pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram