Media Bebas Jepun Mahu Liga Mereka Saksikan Kebangkitan Kelab ASEAN
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuka mata semua pihak tentang potensi yang dimiliki oleh pasukan ASEAN khususnya Malaysia.

Kempen yang amat memberangsangkan dilalui oleh pasukan Harimau Selatan ini menyaksikan mereka muncul selaku juara kumpulan I.

Advertisements

Hal ini menjadi perhatian kerana JDT berjaya untuk membenam cabaran pasukan gergasi Asia seperti Kawasaki Frontale dan juga Ulsan Hyundai.

Oleh yang demikian, salah satu media Jepun ini mahu kelab-kelab di Jepun tidak lagi memandang rendah kemampuan kelab dari ASEAN sebaliknya perlu bermain sehabis baik ketika menentang mereka.

Advertisements

Ini juga bertitik tolak daripada kecemerlangan satu lagi pasukan dari Thailand iaitu BG Pathum United yang juga lolos ke peringkat 16 pasukan terbaik.

Berdasarkan satu hantaran di laman Twitter rasmi mereka, persembahan JDT kali ini merupakan antara yang terbaik ditampilkan oleh kelab dari ASEAN dalam kejohanan tertinggi Asia ini.

Advertisements

JDT berjaya mencatat dua kemenangan ke atas gergasi Korea iaitu Ulsan Hyundai selain membelasah Guangzhou FC sememangnya satu pencapaian yang amat luar biasa.

Bahkan, mereka lihat terdapat potensi yang cukup besar dalam pasukan Malaysia ini untuk terus mencipta kejutan.

Advertisements

Pada pusingan kalah mati nanti, JDT bakal berdepan cabaran Urawa Red Diamonds dalam usaha untuk merebut tempat ke pusingan berikutnya.

ASEAN ACL Media Bebas Jepun Mahu Liga Mereka Saksikan Kebangkitan Kelab ASEAN
Twitter

Advertisements

News Comments Account