Media Brazil ‘Angkat’ Bergson Sebaris Haaland & Mbappe
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Salah sebuah media Brazil telah membariskan penyerang sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva sebaris dengan bintang Eropah yang lain.

Pemain berusia 31 tahun ini mencipta fenomena sejak kali pertama tiba di bumi Johor bersama Harimau Selatan.

Setelah hampir dua musim menjadi pemain di bumi Johor, Bergson telah pun berjaya memecahkan dua rekod termasuklah penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dan juga penjaring terbanyak dalam satu musim di Liga Super.

Advertisements

Oleh yang demikian, salah sebuh media terkemuka Brazil iaitu ‘ge’ membariskan penyerang kelahiran Brazil ini sebaris dengan bintang dunia yang lain.

Bergson telah pun mencatatkan 41 gol sepanjang tahun 2022 sekaligus menempatkan dirinya dalam kelompok lima pemain terbaik di dunia.

Hal ini menyebabkan beliau diletakkan sebaris dengan nama-nama besar di dunia seperti penyerang Manchester City, Erling Haaland, pemain kebangsaan Perancis, Kylian Mbappe, Robert Lewandowski dan German Cano selaku pemain dengan gol terbanyak musim 2022.

Advertisements

Impak yang dibawa oleh bekas pemain Fortaleza ini telah membantu pasukan untuk menjadi juara Liga Super buat kali ke-9 musim ini termasuklah bergelar juara Piala FA.

Kini, khidmat beliau kembali ditagih untuk membantu JDT menjulang Piala Malaysia pada tahun ini untuk melengkapkan koleksi trofi tahun 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram