Media Brazil Dedah Kontrak Murilo Henrique Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Salah sebuah media di Brazil mendedahkan kontrak yang diterima oleh pertahanan kiri baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique.

Pemain kelahiran Espirito Santo, Brazil ini menyertai skuad Harimau Selatan setelah hampir 6 tahun beraksi di Finland untuk membawa haluan baharu ke Malaysia.

Beliau bakal memberi saingan sengit kepada dua pemain utama JDT, La’vere Corbin Ong dan juga Oscar Arribas.

Advertisements

Menerusi satu temu bual eksklusif bersama media Brazil, A Gazeta (The Gazette, Murilo Henrique mendedahkan sebab dia meninggalkan pasukan Finland walaupun memperoleh begitu banyak kejayaan di negara itu.

“Ia adalah keputusan yang sangat tenang, saya sudah mempunyai tujuan untuk membawa haluan baharu selepas tiga tahun di Finland.”

Murilo juga memberitahu bahawa kontrak selama dua tahun yang ditawarkan oleh JDT membuatkannya lebih yakin untuk membawa haluan baharu ke Malaysia.

Advertisements

“Syukur, peluang muncul di Johor, kontrak yang baik dan bagus, tempoh dua tahun, di mana ia juga memberi saya keselamatan dan kestabilan. Saya sangat gembira dan bermotivasi dengan peluang itu.”

Sungguhpun begitu, beliau menganggap antara cabaran yang dihadapi oleh pemain yang bekerja di negara lain ialah komunikasi namun tidak menjadi penghalang kerana rata-rata pemain di JDT boleh berbahasa Inggeris.

“Di sini kami banyak bertutur dalam bahasa Inggeris selain jumlah pemain import memudahkan saya kerana kebanyakan daripada mereka merupakan orang Sepanyol,” katanya.

Advertisements

Sepanjang hampir 103 perlawanan sebagai pemain profesional, Murilo telah merekodkan 3 jaringan dan 27 bantuan gol sekaligus menjadi aset penting buat pasukan terutamanya beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram