Baru-baru ini, bintang sensasi Persib Bandung, Ricky Kambuaya telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FC.
Terengganu dikhabarkan berminat untuk menandatangani pemain berusia 26 tahun itu untuk memperkuatkan pasukan musim hadapan. Setakat lapan penampilan di Liga Indonesia, beliau telah menyumbang satu bantuan gol dan memainkan peranan dengan baik sebagai general tengah pasukan.
Perkara itu telah mendapat liputan serta perhatian beberapa media di Indonesia. Jika ditinjau di laman Twitter, rata-rata akaun media bola sepak Indonesia gembira dengan perkhabaran itu dan mahu melihat perpindahan itu tercapai.
Akaun Twitter Football Talent Indonesia dalam satu ciapan menganggap Liga Malaysia wajar dijadikan sebagai destinasi pilihan pemain-pemain Indonesia yang mahu berkelana ke luar negara. Malaysia dilihat sebagai medan terbaik untuk mengembangkan potensi serta bakat-bakat ubi muda Indonesia.
Beberapa penyokong Timnas Indonesia dilihat turut bersetuju dengan kenyataan itu. Ada dalam kalangan mereka juga mengakui Liga Malaysia kini berada dalam kelas tersendiri.
Rentetan daripada prestasi membanggakan kelab-kelab dari Liga Malaysia di pentas AFC dan ACL, kedudukan Liga Malaysia telah melonjak naik dalam ranking MA Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Liga Malaysia kini menduduki tangga pertama di Asia Tenggara dan berada pada tangga kelapan di Asia.