Media Indonesia Merinding Lihat Detik Kebangkitan JDT
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan bersejarah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada semalam ketika menewaskan wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai telah mendapat liputan segenap pelusuk Asia. Keputusan 2-1 yang tercatat di Stadium Sultan Ibrahim telah melakar satu lembaran sejarah baharu buat arena bola sepak Malaysia.

Aksi memukau yang ditampilkan anak buah Benjamin Mora berjaya membuka mata ramai pemerhati bola sepak hingga menjadi satu fenomena. Selain mendapat pujian serta respon positif akan aksi bertenaga yang dipamerkan para pemain, JDT turut mencuri tumpuan ramai menerusi jaringan kemenangan pasukan.

Saat mencemaskan itu telah mendapat perhatian sebuah akaun Twitter media Indonesia, @garagarabola yang merinding (menggigil) melihat babak akhir kemenangan JDT.

Advertisements

Tiga minit masa tambahan yang diberikan pengadil perlawanan penuh dramatik dan menyentuh emosi. Serangan saat akhir tatkala rembatan jarak jauh Farizal Marlias yang dimenangi Shane Lowry telah disambut dengan satu hantaran mudah dari Safawi kepada Arif Aiman.

Percubaan pertama Arif yang terkena pemain pertahanan lawan gagal ditangkap dengan baik penjaga gol Ulsan, Jo Hyeon-woo. Bola muntah hasil tumbukan kurang kemas Hyeo-woo telah dimanfaatkan Arif dengan satu hantaran lintang memerangkap pertahanan Ulsan, Park Yong Woo yang akhirnya tertampan bola masuk ke gawang sendiri.

Tambah Garagarabola, pasukan JDT telah berada pada kelas tersendiri setelah mencatat keputusan-keputusan luar biasa bagi menundukkan pasukan gergasi Asia.

Advertisements

Carta Kumpulan I menyaksikan JDT selesa mengungguli takhta dengan 13 mata secara kesluruhannya sekaligus melayakkan juara kumpulan itu ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang berkemungkinan berlangsung pada bulan Ogos.

Apa yang boleh digambarkan, usaha keras skuad Harimau Selatan hingga ke babak akhir permainan telah menatijahkan kepada kejayaan. Kebangkitan pasukan pada masa tambahan telah memberi variasi emosi buat semua yang sedang melihat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram