Media Indonesia Terkejut Dengan Tawaran Harga Tiket Di Stadium Sultan Ibrahim
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor merupakan stadium utama bagi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) saingan Kumpulan I.

Kumpulan I melibatkan empat buah pasukan gergasi Asia iaitu Johor Darul Ta’zim, Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan Guangzhou FC. Johor Darul Ta’zim (JDT) terpilih sebagai tuan rumah dan Stadium Sultan Ibrahim serta Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menjadi venue bagi saingan Kumpulan I.

Advertisements

Fasiliti terbaik yang ditawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) berjaya membuka mata ramai pemerhati bola sepak hingga ke peringkat Asia. Selain mendapat maklum balas serta respon positif berkenaan kemudahan dan fasiliti berkelas dunia, SSI turut mencuri tumpuan ramai menerusi penjualan harga tiket.

Sebuah akaun Twitter media Indonesia, @garagarabola terkejut dengan harga yang dijual bagi menonton aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL). Menurut Garagarabola, harga yang ditawarkan murah dan tidak masuk akal untuk sesebuah perlawanan di pentas sebesar ini.

Advertisements

Harga tiket yang ditawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) bermula serendah RM 13.60 dan tawaran harga paling mahal ialah RM 54.59.

Advertisements

Harga yang ditawarkan ini sangat berbaloi dan berpatutan bagi mana-mana peminat bola sepak di Asia yang ingin merasai atmosfera serta suasana berada di dalam sebuah stadium berkelas dunia. SSI menawarkan fasiliti, kemudahan terbaik dan suasana sekeliling yang amat menarik.

Stadium Sultan Ismail telah menyingkap tirainya pada 15 April lepas dan aksi terakhir saingan Kumpulan I ini dijadualkan tamat pada 1 Mei depan.

Advertisements

Kawasaki Frontale kini mendahului saingan Kumpulan I dengan 8 mata sementara wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim berada di tangga kedua dengan 7 mata hasil kemenangan menentang Ulsan Hyundai dan Guangzhou FC serta satu keputusan seri bertemu Kawasaki Frontale tempoh hari.

News Comments Account