Ads
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Sebuah portal bola sepak yang berpangkalan di Perancis, 20 Minutes baru-baru ini telah menukilkan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga penyerang sensasi pasukan, Bergson Da Silva.

Advertisements

Prestasi penyerang kelahiran Brazil ini mula mencuri tumpuan terutamanya di Eropah selepas berjaya mencatatkan rekod purata jaringan melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022.

Advertisements

Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun ini turut mendapat penghargaan daripada Sky Sports Italia apabila Bergson dilihat sebagai penjaring dengan purata jaringan tertinggi iaitu 1.27 gol setiap perlawanan.

Advertisements

Advertisements

Malah, dalam satu temubual, bekas penyerang Fortaleza ini menzahirkan penghargaan kepada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas sokongan yang diberikan.

Hal tersebut telah menjadi tonik terbaik kepadanya dan menjadi rahsia kejayaannya sehingga mampu merekodkan sejumlah jaringan yang cukup memberangsangkan.

Advertisements

Bergson telah menjaringkan 46 gol dari 36 perlawanan sepanjang tahun 2022.

Konsistensi dan ketajaman beliau juga telah membantu Harimau Selatan meraih empat kejuaraan trofi domestik.

Advertisements

Bukan itu sahaja, skuad Harimau Selatan juga berjaya mara ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC dan menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya melakukannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram