Media Sepanyol Dedah Perbualan Panas Mbappe Dan Florentino Perez Tentang Saga Perpindahannya
Dunia
Sports Bible
Advertisements


Saga perpindahan yang melibatkan bintang muda sensasi PSG, Kylian Mbappe ke Real Madrid berakhir apabila beliau memutuskan untuk kekal bersama kelabnya.

Pemain berusia 23 tahun itu sah menandatangani kontrak lanjutan selama 3 tahun yang menyaksikan beliau menjadi pemain paling mahal menerima gaji di kelab tersebut.

Namun begitu, impian untuk melihat kelibat bintang kebangsaan Perancis ini menyarung jersi The Los Blancos tidak kesampaian sungguhpun pemain itu sendiri telah pun mengeluarkan kenyataan untuk kekal di kelab.

Advertisements

Ini juga telah melibatkan perbualan oleh Mbappe sendiri bersama-sama Presiden Kelab Real Madrid, Florentino Perez untuk memaklumkan tentang keputusannya itu.

Menurut satu kenyataan oleh jurnalis terkenal, Tancredi Palmeri, bintang sensasi itu hanya menghubungi Perez menerusi hantaran di Whatsapp sahaja berbanding menghubungi beliau menerusi perbualan telefon.

Mbappe menyatakan keputusan beliau untuk terus berbakti bersama kelab Perancis itu untuk 3 musim lagi.

Advertisements

“Saya telah membuat keputusan untuk kekal di PSG.”

“Saya juga ingin berterima kasih atas peluang yang ditawarkan untuk beraksi bersama Real Madrid, kelab yang saya sukai sejak kecil,” katanya dalam hantaran tersebut.

Hal ini juga telah pun didedahkan oleh salah satu rancangan TV di Sepanyol iaitu El Chiringuito sekaligus menjelaskan segala spekulasi yang telah lama menyelubungi kedua-dua pasukan.

Advertisements

Tindakan Mbappe untuk kekal di PSG ini juga telah membuatkan Perez berang kerana sebelum ini beliau sudah pun bersetuju untuk ke Real Madrid.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram