Melaka FC Perkenal Logo Bertaraf Antarabangsa
Dunia
Melaka FC
Advertisements

Selepas Melaka United berkubur, bola sepak negeri Melaka kembali bersinar dengan tertubuhnya Melaka FC. Dan sebagai tanda ia tiada kena-mengena dengan kelab bermasalah itu, Melaka FC telah memperkenalkan logo barunya hari ini seperti dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter.

Dengan pengenalan logo baru kelab berkenaan, ia merupakan permulaan segar buat Melaka FC untuk mengharungi saingan Liga M3 musim depan. Kelab tersebut mensasarkan kepulangan ke Liga Super seawal musim 2024 dengan 10% pemain terdiri daripada anak jati Melaka.

Selain pengenalan logo baru, Melaka FC dikhabarkan bakal merekrut seorang jurulatih asing untuk mengemudi pasukan musim depan. Bagaimanapun, identiti jurulatih yang bakal membimbing kelab berkenaan tidak didedahkan.

Advertisements

Sebelum ini, kelab telah mengumumkan mereka telah menyenarai pendek empat jurulatih bagi mengisi posisi tersebut. Dengan pendedahan tersebut, Melaka FC sudah ada calon utama sebagai jurulatih mereka musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram