Dunia
Advertisements

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata, pihaknya akan melengkapkan kuota pemain importnya pada minggu hadapan.

Melaka United kekal akan membariskan empat pemain import sahaja bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020 selepas memilih untuk tidak mengisi kekosongan kuota pemain dari Asia Tenggara (ASEAN). Namun, terdapat satu sahaja lagi kuota pemain import yang perlu di isi dalam usaha memantapkan pasukan tersebut menghadapi kancah Liga Malaysia 2020.

Setakat ini, skuad Hang Tuah itu telah membawa masuk bekas pemain import dari PKNS FC, Romel Morales dan Uche Agba (PDRM FA) selain mengekalkan khidmat pemain pertahanan kelahiran Korea Selatan, Jan Suk-won. Hanya tinggal satu kuota pemain import sahaja yang perlu di isi.

Advertisements

”Kami masih kekal dengan keputusan untuk menggunakan empat pemain import.”

Melaka United Melaka United Korbankan Kuota ASEAN, Jimatkan Perbelanjaan Pasukan
Melaka United hanya membariskan 4 pemain import sahaja bagi Liga Super 2020

”Beberapa pemain asing yang akan datang untuk penilaian dan akan memuktamadkan pemain import terakhir itu pada minggu hadapan.”

”Selepas ianya disahkan, mereka (pemain import) mempunyai lebih sebulan untuk bergabung dengan pemain yang lain,” ujar Zainal

Advertisements

”Kami telah memasuki minggu kelima dalam pra-musim dan kami masih memfokuskan kepada pembinaan kecergasan pemain. Saya dapat melihat peningkatan,” kata Zainal.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li berkata, pihaknya kekal dengan kuota empat pemain sahaja kerana berpendapat pemain tempatan juga setanding dengan pemain import Asia Tenggara dan langkah ini juga dapat menjimatkan kos pengurusan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram