Melaka United Mohon Maaf Kepada Pape Diakite
Dunia
melaka united fc
Advertisements

Persatuan bola sepak Melaka United memohon maaf kepada pemain import Terengganu, Pape Diakite susulan kata-kata yang berbaur perkauman daripada segelintir penyokong Melaka.

Perkara ini terjadi ketika perlawanan diantara Melaka United menenang Terengganu di Stadium Hang Jebat, Melaka yang berkesudahan dengan jaringan 2-4.

Dalam satu ciapan di Twitter Diakite, beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa penyokong Melaka yang menggelar mereka dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Advertisements

Tambah Diakite, beliau berpendapat sebagai seorang muslim ianya adalah tindakan yang memalukan dan wajib membanteras perbuatan yang berbaur perkauman.

Persatuan bola sepak Melaka dengan tegas mengecam tindakan segelintir penyokong Melaka dan berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram