Advertisement
Menang Lawan Laos, Pemain Tempatan Buktikan Mereka Lain Macam Sejak Azali
Dunia
MakanBola
Getty Image: NurPhoto

Pertembungan kedua skuad skuad Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 hari ini menyaksikan Malaysia menang keatas Laos, 3-0.

Turun dengan kesebelasan utama pilihan, anak tempatan buktikan mereka mampu mempamerkan aksi cemerlang di dalam padang. Tiga penjaring pasukan negara, Syafiq, Safawi dan Shahrel masing-masing menjadi watak penting dalam kemenjadian skuad hari ini.

Bermula dengan formasi menyerang di babak pertama permainan, Malaysia berjaya membuka tirai jaringan menerusi Safawi Rasid. Hantaran lintang Arif Aiman mudah ditolak masuk oleh Safawi pada minit ke-7 permainan. Gol tersebut menjadikan Malaysia mendahului di hadapan 1-0.

Pada minit ke-34 permainan, Safawi sekali lagi menjadi peledak buat Harimau Malaya. Hantaran sepakan sudut menerusi Baddrol berjaya ditanduk masuk oleh Safawi. Separuh masa pertama permainan menyaksikan Malaysia mendahului Laos 2-0.

Separuh masa kedua bermula dengan beberapa pertukaran pemain. Percaturan Tan Cheng dengan memasukkan Shahrel Fikri sekaligus membantu meningkatkan lagi tempo serangan pasukan. Kesungguhan Shahrel menjadikan banyak percubaan-percubaan tepat yang dihasilkan ke gawang lawan.

Pertahanan tengah, Shahrul Saad turut memahat nama sebagai penjaring apabila lorongan cantik Baddrol, kencang disempurnakan Shahrul. Keberanian Shahrul naik keatas bagi membantu bahagian serangan nyata membuahkan hasil.

Malaysia menutup tirai kemenangan menerusi gol daripada Safawi Rasid pada minit ke-80 permainan. Jaringan tersebut sekaligus memberikan tiga mata penuh buat Harimau Malaya. Malaysia menang 4-0 Laos.