Mengapa Sebenarnya Pemain Arsenal Bergambar Dengan Jam Besar Ini?
EPL
Zinchenko_96/Instagram
Advertisements

Ahad lepas, pasukan Arsenal berjaya melakar kemenangan yang ke- 21 ketika menentang Fulham dengan keputusan 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Selepas tamat permainan, pemain pertahanan Arsenal, Zinchenko menbuat satu hantaran gambar di Intagram miliknya yang menyaksikan seluruh pemain Arsenal dan kakitangan staf bergambar meraikan kemenangan itu dengan mempamerkan jam dinding analog. 

Apa yang menjadi tanda tanya ialah waktu yang dipamerkan di jam tersebut dan mengapa jam tersebut?

Advertisements

Menurut laporan Marca, jam dinding itu adalah simbol bersejarah buat Arsenal kepada penyokong The Gunners yang telah diletakkan di Stadium sejak 2010. 

Ada beberapa peminat beranggapan bahawa waktu tersebut memberi maksud 11 perlawanan dan 2 bulan lagi sebelum tamat saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. 

Advertisements

Bukan itu sahaja, malah penyokong Arsenal turut berpendapat memberi maksud 2 kejuaraan yang sedang dikejar oleh Arsenal dan tinggal 11 baki perlawanan bagi saingan EPL.

The Gunners kini menduduki tangga teratas, lima mata di depan Manchester City. Arsenal juga mencatat sejarah EPL apabila menjadi kelab pertama yang tidak pernah tewas dan bolos dalam lima perlawanan terakhir. 

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris adalah pada musim 2003/04.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram