Rentetan kepada kekalahan kepada pasukan Selangor II tempoh hari, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham menjelaskan lebih terperinci tentang misi Kelantan tahun ini.
Umum mengetahui bahawa pasukan Kelantan FC sentiasa berada di puncak liga sebelum baru-baru ini dipintas oleh pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II). Kekalahan kepada Selangor II menjadikan Kelantan FC ketinggalan 3 mata di belakang JDT II.
Selepas kekalahan yang menimpa Kelantan FC, Zamsaham menegaskan menjadi juara liga bukanlah keutamaan namun begitu usahawan dari Johor itu meletakkan sasaran ke Liga Super pada tahun 2024.
Ini bermakna sasaran itu hampir dicapai setahun lebih awal apabila dijangkakan Kelantan akan ke Liga Super pada tahun hadapan. Disamping itu, Zamsaham juga bersyukur walaupun bajet kecil, pasukan The Red Warriors itu tidak terjerumus ke liga yang lebih bawah.
Kejayaan ternyata perlukan masa dan Zamsaham baru 2 tahun membina pasukan Kelantan. Jelas sekali terdapat banyak peningkatan yang dapat dilihat dari tahun ke tahun.