Menyelami Tradisi & Budaya Malaysia, Brendan Gan Pening Pilih Warna Baju Raya
Dunia
Media Mulia TV
Advertisements

Pemain Selangor FC, Brendan Gan menganggap sambutan hari raya merupakan peluang terbaik untuk beliau mengenali dan telusuri pelbagai budaya di Malaysia.

Dalam satu acara bersama Starvilion pada semalam, Brendan dan pemain Selangor FC telah berbesar hati mengabulkan permintaan salah seorang pekerja di butik baju melayu itu iaitu Aiman yang ingin bertemu dengan Brendan Gan. Brendan sempat meluangkan masa bersama Aiman dan berpeluang untuk memilih baju raya bagi edisi hari raya tahun ini. 

“Saya sangat gembira dan teruja berada disini (Starvilion). Hari raya adalah hari istimewa setiap tahun di Malaysia. Sambutan ini memberikan ruang dan peluang untuk orang luar memahami budaya di Malaysia.”

Advertisements

Brendan dalam pada itu menjelaskan bahawa acara istimewa di Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau mempelajari dengan lebih mendalam tentang budaya tanah air. Tambah Brendan, beliau amat kagum melihat kepelbagaian pilihan warna baju melayu yang ada dan semuanya cantik-cantik belaka.

“Selain mempelajari banyak budaya, kita juga boleh sama-sama raikan tradisi ini bersama. Sangat menakjubkan dapat berada di sini, apabila melihat pelbagai variasi baju melayu. Terlalu banyak pilihan jadi saya perlu fikirkan warna apa yang terbaik untuk saya pilih.”

Pemain kacukan Malaysia/Australia ini menganggap sambutan hari raya adalah antara detik-detik terindah buat seluruh rakyat Malaysia. Disamping dapat menikmati tradisi, beliau turut teruja melihat persiapan besar-besaran sambutan hari raya di Malaysia.

Advertisements

“Ya ia merupakan detik yang sangat menakjubkan. Saya sentiasa teruja untuk bertemu dengan ramai orang dan menikmati pelbagai budaya dan mencari pelbagai baju melayu diluar sana. Ia adalah momen yang sangat mengujakan,” jelas Brendan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram