“Mereka Berdepan Manusia Yang Sedang Bermaharajalela Di Atas Padang”
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Persembahan yang ditonjolkan oleh barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sukar digugat oleh mana-mana pasukan ketika ini.

Anak didik Tano Solari terus mempamerkan kaliber di atas padang termasuklah ketika membenam Kelantan dengan keputusan 10-0.

Ad

Kekalahan besar itu menjadi pengajaran berguna buat skuad muda The Red Warriors yang rata-rata dibarisi oleh pemain bawah 23 tahun.

Ad

Menurut bekas pemain kebangsaan dalam segmen Nindia Bola, Zainal Abidin Hassan, pengalaman yang diperoleh pemain Kelantan amat berharga untuk memastikan mereka berkembang pada masa hadapan.

“Saya harap pemain muda Kelantan boleh menerima kerana mereka kalah dengan pasukan yang lebih baik dan jangan jadikan perlawanan ini sebagai pembunuh semangat.”

Ad

Razman juga para pemain Kelantan bangkit dan terus memperbaiki kualiti pasukan untuk terus bersaing dan berkembang.

Ad

“Mereka kena positif. Ada juga kelab besar yang tewas dengan jaringan yang besar kepada JDT. Pemain Kelantan kena belajar daripada aksi ini dan jangan patah semangat,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT sudah pun meledak 108 gol pada musim ini selain mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Kejayaan ini disifatkan sebagai luar biasa sehingga masih tiada pasukan yang mampu menewaskan Harimau Selatan.

“Mereka berdepan manusia yang sedang bermaharajalela di atas padang,” ujar Hafizal Hamad.

JDT ketika ini menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas dalam mana-mana aksi musim ini.