Advertisements
Mesir Mara Dalam Keadaan Mengerikan
Eropah
MakanBola
Egypt NT

Pasukan ke-77 dunia, Cape Verde nyaris memalukan Mesir dalam saingan Piala Afrika (AFCON) yang berlangsung semalam.

Aksi antara jaguh Timur Tengah itu berlangsung hebat selepas pemain sayap sensasi, Mohamed Salah tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Perlawanan yang berlangsung di Stade Félix Houphouët-Boigny itu menyaksikan pasukan ke-33 dunia itu perlu mempertaruhkan beberapa muka baharu dalam kesebelasan utama.

Omar Marmoush hampir meletakkan Mesir di hadapan pada minit ke-19 namun rembatan jarak jauhnya berjaya dihalang oleh Vozinha.

Detik yang tidak disangka berlaku apabila penyerang Cape Verde, Gilson Tavares menerima hantaran rakan sepasukan sebelum membuat pusingan untuk melepaskan rembatan kencang menewaskan El-Shenawy seminit sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Mesir berjaya memadam kelebihan lawan apabila rembatan deras Mahmoud Trezequet pada minit ke-50 menjadikan kedudukan 1-1.

The Pharaohs meledak gol penting pada babak akhir permainan menerusi penyerang berbisa, Mostafa Mohamed yang melambungkan bola melepasi kawalan penjaga gol Cape Verde.

Kemenangan yang disangka memihak kepada Mesir tidak kesampaian apabila serangan balas terakhir perlawanan yang dilakukan oleh lawan berjaya menembusi jaring Mesir.

Kedudukan itu menyaksikan Mesir mengiringi Cape Verde ke pusingan kalah mati selepas seri tiga perlawanan termasuklah ketika diikat Mozambique dan juga Ghana sekaligus menyaksikan pasukan itu tidak menang sebarang perlawanan di peringkat kumpulan.

Video: Cape Verde vs Mesir