Farhan Roslan Mahu Timba Pengalaman Di Kelantan
Dunia
ig farhanroslan19
Advertisements

Bekas pemain Kedah dan Perak, Farhan Roslan itu menyatakan hasrat ingin membina pengalaman baharu bersama Kelantan FC.

Pemain yang berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa selepas mendapat restu daripada keluarga beliau terus memilih untuk beraksi bersama pasukan TRW sekaligus mengambil ini sebagai satu cabaran untuk dirinya lebih opitimis berada di atas padang.

Namun bagi Farhan setakat ini beliau dilihat tidak menumpukan apa-apa target untuk dirinya sebaliknya mahu menunjukkan kesungguhan dan fokusnya jika dipilih dalam kesebelahan utama.

Advertisements

“Sebelum musim ini berakhir, saya sebenarnya sudah mendapat tawaran dari Kelantan dan setelah berbincang dengan keluarga, saya buat keputusan untuk datang ke sini.

“Saya sahut cabaran ini adalah kerana mahu mendapat pengalaman baharu dan paling penting meraih seberapa minit permainan bagi membina semula keyakinan serta mencari kembali momentum seperti dahulu.

“Tidak ada sebarang sasaran peribadi buat diri ini seperti jumlah jaringan atau bantuan jaringan mahu dilakukan, sebaliknya saya hanya janjikan mahu berikan terbaik serta bekerja keras jika diturunkan,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Farhan turut menjelaskan tiada perbezaan antara lama dan baharu, semuanya ia anggap seperti satu keluarga dan matlamatnya bersama rakan sepasukannya adalah mahu membantu menjadikan Kelantan FC sebagai juara dalam saingan Liga Super musim nanti.

“Bagi saya kehadiran rakan-rakan lama semasa di Kedah tidak memberikan apa-apa perbezaan kerana pemain lain juga umpama satu keluarga apabila saya rasmi bersama Kelantan,” ujarnya kepada MFL.

“Apa yang menyatukan kami adalah kami mahu buat merealisasikan impian Kelantan bermain di Liga Super pada musim 2023, itu jadi sasaran utama saya di sini,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram