Advertising
MFL Anjur Bengkel Bola Sepak Bertaraf Dunia, Pakar LALIGA Hadir Kongsi Ilmu
MFL
MakanBola
MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan kerjasama LALIGA menganjurkan bengkel kejurulatihan bertaraf dunia buat 22 jurulatih akademi pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Bengkel ini menyaksikan para jurulatih yang hadir berpeluang mendengar sesi penerangan dan latihan yang dikendalikan seorang jurulatih LALIGA yang dibawa khas dari Madrid.

Ad

Mereka bukan saja mendengar penerangan berkenaan model permainan LALIGA dan konsep-konsep utama berdasarkan profil pemain LALIGA. Malah, mereka turut diberi tunjuk ajar berkenaan sistem yang digunakan untuk memantau kemajuan pemain.

Ad
Ribera Zaballos Ollerenshaw MFL MFL Anjur Bengkel Bola Sepak Bertaraf Dunia, Pakar LALIGA Hadir Kongsi Ilmu
Ollerenshaw (kiri), Zaballos dan Ribera khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan. Sumber: MFL

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha terbaru LALIGA untuk membantu meningkatkan taraf bola sepak Malaysia terutama di peringkat akar umbi.

Adrian Prol, wakil Delegasi LALIGA di Malaysia melihat projek sebegini bukan saja membantu mengeratkan hubungan yang terjalin antara MFL dan LALIGA. Malah, beliau melihat projek-projek yang diusahakan LALIGA mampu memberi impak besar kepada pembangunan akar umbi di Malaysia.

Ad

“Di Malaysia, kami telah mempunyai pelbagai projek kerana kami percaya bakat Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar dan bola sepak mereka akan berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun akan datang.

Ad

“Jadi, kerjasama ini adalah langkah yang sangat baik untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan MFL,” katanya.

Ad

Kenyataan Prol turut dipersetujui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Giorgio Pompili Rossi. Beliau melihat kerjasama MFL dan LALIGA mampu memberi manfaat besar kepada bola sepak Malaysia.

“Dan saya percaya, bengkel pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi melibatkan jurulatih-jurulatih akademi Liga Malaysia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi ini malah ia bakal memberikan manfaat kepada peserta yang hadir.

“Ini kerana kepakaran dan pengalaman yang dimiliki LALIGA dalam membangunkan pemain-pemain muda khususnya dalam menggunakan teknologi dan kaedah terbaru bola sepak moden sudah terbukti dengan pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa jadi adalah sesuatu yang baik buat jurulatih tempatan untuk menimba sedikit sebanyak ilmu daripada jurulatih dari LALIGA dalam bengkel ini,” katanya.

Antara jurulatih yang hadir dalam bengkel ini ialah pengendali skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17), Javier Jorda Ribera, Gonzalo Sanz Zaballos (Johor Darul Ta’zim (JDT) III) dan Ishak Kunju Mohamad (skuad Piala MFL Negeri Sembilan FC).

Dua pengarah teknikal pasukan Liga M turut hadir dalam bengkel sama iaitu Scott Ollerenshaw (Sabah FC) dan Azzmi Aziz (Negeri Sembilan).