MFL Akui Belum Bersedia Gunakan VAR Di Malaysia
Dunia
MFL
Advertisements

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjawab status penggunaan video bantuan pengadil (VAR) yang cuba diketengahkan di Malaysia.

Katanya, sistem ini masih belum mampu untuk dilaksanakan di Malaysia setelah melihat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Sungguhpun teknologi bertaraf dunia ini telah pun diguna pakai buat pertama kali di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, MFL tetap merasakan bahawa ia mungkin belum sesuai digunakan di Malaysia.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalinggam, beliau merasakan bahawa  ia seolah-olah tidak adil sekiranya VAR  hanya digunakan dalam satu perlawanan sahaja.

Beliau yakin perkara ini masih memerlukan masa untuk digunakan dengan sempurna bagi membantu sistem pengadilan negara selain perlu mengambil kira pelbagai kos yang akan digunakan.

“Isu VAR ini bukan semata-mata untuk kami implementasikan dalam satu perlawanan sahaja.”

Advertisements

“Banyak faktor perlu diambil kira termasuklah melatih pengadil menggunakan teknologi itu selain masalah infrastruktur stadium dan kos.”

Walau bagaimanapun, beliau mengakui MFL perlu melihat beberapa buah stadium terlebih dahulu bagi persediaan menggunakan VAR.

“Kami perlu juga melihat Stadium di Alor Star, Kota Bharu ataupun di SSI (Stadium Sultan Ibrahim) atau dimana-mana untuk pastikan penyediaan infrastruktur.”

Advertisements

“Benda ini memerlukan masa kerana stadium bukan hak milik pasukan tetapi hak milik perbadanan stadium ataupun mungkin kerajaan negeri.”

“Kita perlukan masa untuk pelaksanaan VAR ini dijalankan sempurna dan bukan semata-mata untuk satu perlawanan sahaja,“ katanya.

Usaha ini dijangka memerlukan masa dan tinjauan yang secukupnya bagi memastikan sistem dan mutu pengadilan negara terus meningkat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram