Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perubahan tarikh untuk tujuh aksi Liga Super.
Dua daripadanya membabitkan aksi minggu 24 dengan baki lima lagi aksi membabitkan aksi minggu 25.
Perubahan ini dibuat selepas MFL meminda semula tarikh final Unifi Piala Malaysia dari 12 April kepada 26 April ini.
Dua aksi minggu 24 yang diubah tarikhnya ialah aksi Sri Pahang FC-Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT)-Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).
Aksi Tok Gajah dan Sang Kenari bakal diadakan pada 8 April. Aksi membabitkan Harimau Selatan dan Sang Kijang Emas pula diadakan pada 10 April.
Lima lagi aksi yang dipinda tarikhnya ialah aksi Perak FC-Sri Pahang, Kedah-Sabah FC, PDRM FC-Terengganu FC, Kelantan DN-Negeri Sembilan FC dan Penang FC-KL City FC.
Pertembungan Kedah-Sabah, Perak-Sri Pahang dan PDRM-Terengganu bakal berlangsung pada 12 April.
Aksi Kelantan DN-Negeri Sembilan dan Penang-KL City pula akan berlangsung pada 13 April. MFL turut mengumumkan tarikh aksi minggu 26 bakal berlangsung pada 19 dan 20 April.