MFL Luluskan Lee Tuck & Sergio Aguero Sebagai Pemain Tempatan
Dunia
Sri Pahang & Penang FC
Advertisements

Persoalan mengenai status dan juga masa depan dua orang pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dan Sergio Aguero akhirnya terjawab.

Berdasarkan satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) telah pun mengumumkan bahawa rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan dua pemain naturalisasi sebagai pemain tempatan telah pun secara rasminya diluluskan.

Bukan itu sahaja, ini juga secara tidak langsung menyebabkan berlakunya pindaan Perkara 3.4.9(ii) Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia telah dikuatkuasakan secara serta merta.

Advertisements

Perkara ini bagi mengelakkan wujudnya percanggahan antara Perlembagaan Malaysia dan Peraturan Pertandingan MFL.

Menerusi satu keputusan yang berjaya dicapai itu oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL, mereka telah pun meluluskan rayuan Sri Pahang FC berhubung proses mendaftarkan pemain naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain tempatan dalam Liga Malaysia 2022.

Walau bagaimanapun, proses pendaftaran kedua-dua pemain ini akan berkuatkuasa bermula pada pertandingan Piala Malaysia 2022 nanti.

Advertisements

Sri Pahang FC  hakikatnya telah pun mendaftarkan Lee Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan pada jendela pendaftaran kedua iaitu pada 28 Mei 2022 hingga 24 Jun 2022 namun proses tersebut belum diluluskan sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram