Dunia
Advertisements

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pihaknya akan mengumumkan penaja serta penyiar rasmi Liga Malaysia sebelum saingan musim 2020 membuka tirai.

Datuk Hamidin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Liga Malaysia 2020 dan beliau menyatakan proses untuk mendapatkan penaja serta penyiar rasmi kini berada di fasa akhir.

“Saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman sementara ini kerana proses mendapatkan penyiar rasmi kini berada di fasa akhir. Paling lewat kita akan buat pengumuman pada Februari ataupun sebelum musim 2020 bermula.

Advertisements

“Hasrat saya dan juga MFL kami mahukan Liga Malaysia ditayangkan di semua platform dan lebih banyak perlawanan akan dipertontonkan di seluruh pelusuk negara,” kata Datuk Hamidin.

Rasmi MFL: Penaja dan Penyiar Rasmi Akan Diumum Sebelum Bermula Liga-M 2020
Datuk Hamidin mengumumkan ketika pelancaran Liga Malaysia musim 2020

Datuk Hamidin turut memberi jawapan sama ketika diajukan soalan mengenai penaja utama saingan Liga Malaysia musim 2020.

“Sama seperti hal penyiar, kami akan mengumumkan penaja rasmi Liga Malaysia sebelum saingan musim 2020 bermula. MFL bekerja keras bagi memastikan Liga kita mendapat yang terbaik untuk tahun ini dan juga masa akan datang,” tambahnya.

Advertisements

Isu penaja menjadi bualan ramai dalam saingan Liga Malaysia musim 2019 dimana MFL telah menamatkan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia (TM).

Perkara ini sekaligus memberi kesan terhadap pasukan Liga Super dan Liga Perdana yang hanya menerima separuh daripada hak penyiaran musim 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram