MFL
FA Malaysia
Advertisements

Seperti dijangka, MFL sah menyelaras kalendar Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan mengikut kalendar AFC untuk musim 2024-2025.

Advertisements

Perkara ini disahkan sendiri oleh CEO MFL, Stuart Ramalingam hari ini. Dengan pengesahan ini, Liga M bakal bermula pada April 2024 dan berakhir pada April 2025.

Penyelarasan kalendar ini dibuat bukan saja membantu kelab-kelab yang bersaing di kejohanan AFC termasuk ACL.

Advertisements

Malah, ini secara tidak langsung membantu melicinkan lagi persiapan skuad kebangsaan yang dibimbing Kim Pan-gon.

“Memang adalah gerakan untuk menyelaras liga kita dalam kalendar yang selari dengan perubahan dalam AFC.

Advertisements

“Kemungkinan besar liga kita bakal bermula pada tahun hadapan dan transisi liga kita ialah transisi dua musim untuk kita selaras dengan Liga (Juara-Juara AFC (ACL)) dan kalendar AFC.

“Jadi, perkara ini bukan perkara senang yang saya rasa perlu diambil dengan pergerakan yang kita mahukan untuk liga kita dalam tetingkap perpindahan, waktu rehat dan kalendar yang seimbang dengan apa yang dilaksanakan AFC,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Untuk makluman, kali terakhir Liga M mengalami perubahan sebegini ialah pada musim 2007-2008.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram