Ads
MFL
MFL

Malaysian Football League (MFL) telah meminda tarikh dan waktu bagi tiga perlawanan Piala FA yang bakal diadakan pada 12 hingga 15 Jun depan atas sebab-sebab tertentu.

Advertisements

Antara perlawanan pusingan 16 terakhir Piala FA yang dipinda adalah perlawanan Kuala Lumpur City FC menentang Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC menentang Bukit Tambun FC dan Sabah FC menentang Kuala Lumpur Rovers FC.

Advertisements

Untuk aksi KL City dan Kuching City, perlawanan pada awalnya harus dijalankan pada pada 13 Jun 2024, jam 9 malam namun ianya diganjak ke 14 Jun 2024, jam 6:30 petang kerana beberapa pemain kedua-dua pasukan berada bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Advertisements

“Jadual perlawanan Piala FA bagi perlawanan Kuala Lumpur City FC lwn Kuching City FC yang dijadualkan pada 13 Jun 2024, jam 9 malam kepada 14 Jun 2024, jam 6:30 petang. Kemaskini ini adalah disebabkan tujuh pemain Kuala Lumpur City FC (termasuk pemain asing) dan satu pemain Kuching City FC yang dipanggil oleh Pasukan Kebangsaan dan atas persetujuan bersama.

“Selain itu, MFL juga telah mengumumkan pertukaran waktu sepak mula bagi perlawananan Kedah Darul Aman FC lwn Bukit Tambun FC kepada 6:30 petang dan perlawanan Sabah FC lwn Kuala Lumpur Rovers FC kepada 8:15 malam,” umum MFL dalam satu makluman sebentar tadi.

Advertisements
Advertisements

Untuk perlawanan-perlawanan Piala FA yang lain, tiada perubahan dilakukan dan akan berlangsung seperti dijadualkan sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram