MFL Tepis Dakwaan Jadi Punca Kegagalan Harimau Malaya
Dunia
Utusan.com
Advertisements

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, menepis dakwaan daripada beberapa pihak yang mengatakan bahawa susunan jadual perlawanan oleh pihak MFL menjadi punca persiapan skuad Harimau Malaya terjejas.

Tambah Stuart, jadual perlawanan antarabangsa dan wabak Covid-19 menjadi punca utama kegagalan skuad kebangsaan untuk menampilkan prestasi yang terbaik.

Tempoh kuarantin merupakan antara perkara yang menjadi masalah utama kerana ia memakan masa yang lama kerana melibatkan kerjasama di antara dua pihak.

Advertisements

“Bukan jadual tempatan menjadi gangguan kepada (persiapan) pasukan kebangsaan (sebaliknya) jadual kebangsaan dengan kuarantin mengganggu liga tempatan,”

“Tetapi ia (melibatkan) kerjasama (di antara) dua parti dalam industri bola sepak, sedikit tolak ansur diperlukan untuk liga dihentikan,”


“Bukan dua minggu tetapi ia mengambil masa sebulan kerana kuarantin juga memakan masa. Ia memerlukan kerjasama di antara MFL dan pasukan kebangsaan untuk menentukan jadual liga,” kata Stuart kepada Stadium Astro.

Advertisements

Mengulas lanjut, Stuart berpendapat MFL sudah menyusun jadual perlawanan sebaik mungkin walaupun pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia. Beliau menegaskan bahawa semua pihak perlu realistik tentang situasi yang dihadapi dalam menerima sebarang kemungkinan yang tidak dapat dielakkan.

“Bukan senang (untuk mengatur jadual) berikutan dua tahun pandemik melanda sepanjang 2020 dan 2021. Mungkin ada perdebatan tentang kekangan jadual. Tapi kita perlu realistik kerana sedang dalam (suasana) pandemik selain perintah kawalan pergerakan (PKP),”


“Ia adalah satu masalah yang membabitkan keadaan semasa.” jelas Stuart.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram