Pihak Malaysian Football League (MFL) mengumumkan senarai 13 kelab yang bertanding di Liga Super 2025-2026.
13 kelab tersebut diketuai oleh juara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dan diikuti Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, PDRM FC, Kuala Lumpur City FC dan Kelantan Darul Naim FC
Pendatang baharu dari Brunei, DPMM FC pula dah menjadi wakil dari luar negara yang akan beraksi di Liga Super dan dua kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC melengkapkan senarai 13 pasukan.
Kesemua kelab ini telah diberikan Lesen Kebangsaan 2025-2026 oleh badan bebas First Instance Body (FIB) manakala DPMM FC diberikan kelulusan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) untuk bertanding dalam Liga Malaysia 2025-2026.
Khabar sedih apabila Sri Pahang FC yang menerima Lesen Kebangsaan 2025-2026 sah mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Malaysia setelah mengemukakan surat pengesahan bertarikh 16 Jun 2025.
Kalendar Liga Malaysia musim ini akan dimulakan dengan pertemuan juara Liga Super JDT dan naib juara, Selangor dalam aksi Sumbangsih pada 8 Ogos 2025 yang juga perlawanan pembuka tirai liga di Stadium Sultan Ibrahim.
MFL bakal mengeluarkan jadual Liga Malaysia 2025-2026 dalam masa terdekat ini setelah berdepan kekangan untuk melengkapkan jadual penuh semusim bagi menunggu sesi undian ACL Elite dan ACL 2 melibatkan JDT dan Selangor pada 15 Ogos 2025.
Senarai 13 Kelab Liga Super 2025-2026.
1- Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.
2- Selangor FC.
3- Penang FC.
4- Kuching City FC.
5- Sabah FC.
6- Terengganu FC.
7- Negeri Sembilan FC.
8- Kelantan Darul Naim FC.
9- Kuala Lumpur City FC.
10- PDRM FC.
11- DPMM FC.
12- Melaka FC.
13- Imigresen FC.