MFL Umum Usahasama Strategik Dengan Origina
Dunia
Syafiq Freman / MakanBola
Advertisements

Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baru TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023. Ini selepas perjanjian antara kedua-dua belah pihak dimeterai hari ini.

Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia.

Bagi Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, kehadiran Origina sebagai penaja Liga Malaysia membuktikan ekonomi bola sepak domestik semakin rancak selaras dengan populariti liga.

Advertisements

Beliau berkata, “Kehadiran ORIGINA telah memberikan satu mesej penting di mana syarikat ini menaruh keyakinan tinggi kepada Liga Malaysia yang sentiasa memberikan potensi serta pendedahan positif bukan sahaja kepada produk mereka tetapi penglibatan mereka di dalam liga tempatan.”

CEO MFL Stuart Ramalingam menambah, “Kami berbangga kerana kami mempunyai satu lagi jenama Malaysia yang memanfaatkan capaian yang boleh ditawarkan oleh Liga Malaysia.

“Dengan lebih banyak jenama baharu yang pada tradisinya tidak bersama bola sepak sudah mula menyertai Liga Malaysia, kami percaya Liga Malaysia kini membuktikan bahawa kami mempamerkan nilai korporat sebenar yang diperlukan dalam penajaan sukan moden.”

Advertisements

Manakala CEO Origina Fatin Diana melihat sokongan Origina dapat menambah kemeriahan bola sepak negara menerusi TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023.

Tambahnya, “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan MFL dan bertemu dengan penonton bola sepak Malaysia daripada pelbagai golongan. Pentas bola sepak Malaysia semakin gemilang dan meriah, ORIGINA juga komited dalam menyampaikan semangat dan cinta yang sama.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram