Midtjylland Kukuhkan Cengkaman Liga Belasah Vejle BK
Dunia
Photo: FC Midtjylland
Advertisements

FC Midtjylland mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Danish Superliga selepas berjaya membenam Vejle BK 4-1 di halaman sendiri.

Midtjylland beraksi buat kali pertama dengan kehadiran penyokong di MCH Arena tampil bertenaga menerusi jaringan Gustav Isaksen, Erik Sviatchenko, Anders Dreyer dan Awer Mabil.

Midtjylland yang menguasai perlawanan sejak minit pertama perlawanan berjaya menemui peluang keemasan seawal minit ke-9 menerusi tendangan kencang Onyedika namun jaringan bola tumpah Gustav Isaksen selepas itu dibatalkan kerana offside.

Advertisements

Peluang terbaik Midtjylland hadir sekali lagi pada minit ke-21 menerusi rembatan kencang Dreyer namun palang gol menjadi penghalang.

Usaha berterusan Midtjylland mencari gol pertama akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Gustav Isaksen pada minit ke-35 selepas menerima hantaran Andersson.

Pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada separuh masa ke-2 selepas Denis Kolinger menanduk kemas bola sepakan percuma Emmanouilidis.

Advertisements

Tersentak dengan kebangkitan Vejle, FC Midtjylland mengeluarkan Gustav Isaksen dan membawa masuk Awe Mabil untuk mengimbangi perlawanan.

Perancangan ketua jurulatih FC Midtjylland ternyata berhasil apabila mereka berjaya menambah memperoleh 3 jaringan tambahan dalam masa 23 minit selepas kemasukan Awel Mabil menjadikan keputusan akhir memihak kepada FC Midtjylland 4-1.

Sementara itu, aksi pemain Malaysia, Dion Cools dilihat sangat baik dan beliau turut berjaya melakukan pra-assist untuk jaringan pertama Midtjylland selain beraksi penuh 90 minit pada perlawanan ini.

Advertisements

FC Midtjylland kini di tangga teratas Danish Superliga dengan 9 mata diekori rapat Randers dengan 7 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram