Midtjylland Jelaskan Mengapa ‘Hantar Pulang’ Dion Cools Ke Belgium
Dunia
European PressPhoto
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools sebelum ini diumumkan dipinjamkan ke kelab Belgium, SV Zulte Waregem dari FC Midtjylland sehingga akhir musim ini.

Menurut penjelasan yang dibuat oleh laman web rasmi FC Midtjylland, perpindahan pinjaman ini berlaku disebabkan atas permintaan Dion Cools sendiri.

Menurut mereka, Dion Cools meminta dipinjamkan ke SV Zulte Waregem kerana Dion Cools ingin memperoleh lebih minit permainan dan memperbaiki prestasi semasa pemain berumur 25 tahun ini.

Advertisements

“Kami sentiasa gembira Dion Cools menyertai FC Midtjylland tetapi beliau meminta lebih minit permainan dan kini dia memiliki peluang untuk itu di Belgium.

“Kami akan sentiasa menyokongnya,” jelas Svend Graversen, Pengurus Sukan FC Midtjylland.

“Dengan kerjasama Dion dan Zulte Waregem, kami jumpa solusi yang baik dan semua pihak gembira dengan perkara ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya dan akan mengikuti perkembangan beliau di Liga Belgium,” tambah Svend Graversen.

Advertisements

Kontrak pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini bersama Midtjylland akan berakhir pada pertengahan musim 2023 dan Dion Cools masih berada dalam projek jangkamasa panjang pendahulu Liga Denmark, FC Midtjylland.

Dion Cools sebelum ini bergelut dengan beberapa siri kecederaan di FC Midtjylland dan pulih sepenuhnya pada November 2021 sebelum menyertai skuad negara dalam kempen Piala AFF 2020 di Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram