Tular di media sosial mengenai video pengurus Arsenal iaitu Mikel Arteta yang dilihat melarikan diri ketika disoal tentang peluang untuk meminta Liverpool di takhta liga.
Arsenal hadir ke Old Trafford pada Ahad dengan misi penting bagi menewaskan Manchester United sekaligus merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga ketika ini, Liverpool.
Walau bagaimanapun, hasrat Arsenal kendalian Mikel Artera tak kesampaian apabila The Red Devils cemerlang mengikat The Gunners 1-1 hasil jaringan Bruno Fernandes dan Declan Rice.
Keputusan seri ini membuatkan jurang mata antara Arsenal di kedudukan kedua dan Liverpool di takhta liga kini bertambah kepada 15 mata setelah The Reds menang selesa 3-1 ke atas Southampton.
Usai perlawanan, Arteta yang tiba ke sesi temu ramah dilihat dengan tergesa-gesa meninggalkan ruang tersebut apabila disoal mengenai misi Arsenal untuk mengejar kejuaraan liga.
”Mikel (Arteta), satu soalan lagi, ada sebarang komen tentang pengejaran liga ketika ini dengan jurang 15 mata?” soal wartawan.
”Terima kasih,” jawab Mikel Arteta ringkas sambil meluru pergi dari ruang tersebut.
Ini sangat kontradik dengan apa yang dibicarakan oleh Artera beberapa minggu lalu apabila pengurus kelahiran Sepanyol ini dengan yakin dan juga percaya Arsenal mampu merebut gelaran juara.
“Kami (Arsenal) tidak akan berhenti. Langkah mayat saya dulu,” kata Arteta sebelum ini.