Minggu-16: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Thai League
Dunia
Buriram United
Advertisements

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools tersenarai dalam kesebelasan terbaik nagi aksi Liga 1 Thailand minggu ke-16.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara pemain import yang baru sahaja menyertai pasukan selepas akhirnya melengkapkan perpindahan dari kelab Republik Czech, FK Jablonec.

Cools pada awalnya telah pun menjadi pilihan utama jurulatih, Masatada Ishii dalam aksi persahabatan termasuklah ketika berdepan kelab Liga Super, Kelantan FC baru-baru ini.

Advertisements

Malah, dalam aksi menentang Sukhotai FC semalam, beliau terus menjadi pilihan utama bagi mengemudi benteng pertahanan pasukan dalam misi memperoleh 3 mata.

Bekas bintang Club Brugge ini cemerlang beraksi pada posisi pertahanan kanan selama 90 minit permainan.

Beliau juga membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan sepasukan kurang daripada sebulan di sana bagi memastikan gawang gol pasukan tidak dibolosi.

Advertisements

Cools akhirnya dinobatkan selaku pertahanan terbaik minggu 16 dan berada dalam senarai kesebelasan terbaik Liga 1 Thai.

Buriram United kini unggul di puncak Liga Thai apabila mengumpul 42 mata selepas 16 perlawanan, 9 mata meninggalkan Chonburi di tempat kedua.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram