Mino Raiola Berang Dituduh Telah Mati

mino raiola Mino Raiola Berang Dituduh Telah Mati

Ejen bola sepak paling berpengaruh, Mino Raiola terkejut melihat segelintir wartawan mendakwa dirinya telah mati.

Malah beliau juga bengang tuduhan seperti ini dilemparkan berkali-kali sejak dahulu dan beliau menjelaskan dirinya masih hidup.

Expand player

“Saya marah buat kali ke-2 dalam tempoh 4 bulan mereka membunuh saya. Nampaknya mereka juga boleh menghidupkan orang mati.” Jelas Raiola seperti yang disampaikan oleh Fabrizio Romano.

Seperti yang disampaikan oleh wartawan terkemuka Itali, Fabrizio Romano,soal kehidupan dan mati bukan mainan dan setiap orang harus menghormatinya.

Mino Raiola merupakan ejen pemain bola sepak terkaya dunia dengan nilai kekayaan dianggarkan melebihi RM335 juta dengan beberapa pemain bintang dunia bernaung di bawahnya seperti Paul Pogba, Erling Haaland dan Zlatan Ibrahimovic.