Advertisements
Misi Besar Giorgio Rossi Bersama MFL
MFL
MakanBola
MFL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Rossi berharap dapat menjernihkan kembali imej sukan bola sepak Malaysia.

Hasrat itu dizahirkan beliau selepas melihat pelbagai isu yang melanda sukan nombor satu negara itu termasuk membabitkan Liga Malaysia (Liga M).

“Sudah tentu bila kita menyokong sukan bola sepak, semua orang bercakap tentang bola sepak. Dan itu satu bahagian yang bagus. Kemudian, memandangkan sukan ini sangat popular, kita tak boleh dengar pendapat semua dengan sesetengah daripadanya datang daripada hati mereka.

“Ada pula yang berpandangan munasabah atau tak munasabah. Pada pandangan saya, kita perlu mengendalikan aspek (persepsi) ini. Tetapi imej MFL dan bola sepak Malaysia merudum dari segi persepsi orang ramai. Ini masih sukan nombor satu di Malaysia.

“Pengaruhnya jauh mengatasi sukan-sukan lain, sangat besar dan ramai orang terlibat dalam (arena sukan berkenaan). Kita perlu lindungi mereka, misi ini sangat penting,” katanya semasa menjadi tetamu Nindia.

Rossi mengakui pelbagai isu yang timbul sedikit sebanyak menjejaskan persepsi penyokong. Ini sesuatu yang mahu diperbaiki beliau terutama apabila Piala Malaysia 2024/25 membuka tirainya pada akhir November ini.

Pada masa sama, Rossi melihat kelab-kelab yang beraksi dalam Liga M perlu memastikan mereka beroperasi mengikut cara yang betul untuk membantu usaha berkenaan.

“Kita ada kebimbangan (tentang isu pasukan), kita terima banyak mesej. Kita sedang berusaha untuk menjadikan ia lebih disukai orang ramai tapi pada masa sama, penggiat (industri bola sepak) perlu memastikan kelab beroperasi mengikut cara yang betul,” ujarnya.

Rossi menggalas peranan sebagai CEO MFL menggantikan Datuk Stuart Ramalingam pada September lalu.